BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 15, 2008

Kilauan Hajah II


daripada owner yang sama dengan Kilauan Hajah..agaknya berpuas hati dengan kerjatangan saya yang terdahulu..dihulurkan pula yang ini sebagai susulan..tq kerana percaya

Thursday, December 4, 2008

Taman Negara...


kenapa taman negara? asal kejadian design ni kerana terlalu berkenan dengan "Shimmering Flora" rekaan Nora..masa tu pulak..baru je beransur-ansur nak pandai menyulam manik ni..kerana perasaan minat dan tertarik yang meluap-luap..cuba membuat rekaan ini dalam cara yang tersendiri...bila siap..entah kenapa, seperti ada yang tidak kena...lalu dinamakan Taman Negara sempena keadaannya yang menghampiri semak samun..cuma yang lainnya..semak samun berwarna warni...

Monday, December 1, 2008

Kilauan Hajah



Diserahkan ke genggaman dengan disertakan permintaan untuk perincikan lagi bunga-bugaan pada baju..ooooo...means highlight la ni..aduss..sutera crepe yg harganya bukan calang-calang..pening memikirkan agar tidak meranapkan keaslian lukisan indah tangan itu..
labuci dan manik paling kecil digunakan agar kain tidak melendut..tabur disekeliling bunga-bunga besar dan hanya sedikit jujukan labuci kecil pada tulang daun..hasilnya, amat mengujakan..bukan kataku..tapi orang lain :)
namun perkara yang amat menyedihkan..entah apa malangnya, gambar yg diambil tidak begitu jelas..seperti berada didalam kelambu yang berpelita ayan..gelap dan suram...
namun yang pasti...owner tersenyum riang....