BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

Fiza Fantasy...



Diabadikan dgn nama tuanpunya baju..Fiza..
orgnya kecil molek bdasarkan saiz baju yg saya anggarkan adlh XS..sgt berminat dgn manik tabur 3 pasang baju yg dihantar dlm jgkawaktu 2mggu lebih saja lg menjelang Aidilfitri mybbkan saya hy sempat myiapkan 1 persalinan yg katanya khas untuk pagi raya..dijahit berselang dgn baju customer lain agar permintaan fiza yg satu itu dpt saya tunaikan..fiza dh lama "chop" utk khidmat saya..tp atas sbb yg xdpt dielakkan..bajunya lewat ke tangan...dan sgt berbesar hati diatas pujian fiza pd hasiltangan ini..thanks sis..

Lovely Lotus...



kembali dengan n3 pertama slps berhari raya..
masih lg xbape sihat
selsema..batuk..tp, seb baik xde simptom demam..
bimbang jgk..kot2 ada kaitan ngn selsema oing oing tu..
ditambah ngn asthma lagi..nauzubillah..
sulaman ini adalah siri kepada sutera digital
milik tuan yg sama dgn bbrp n3 trdahulu..
sutera digital oren ini mempunyai bunga yg sgt cantik..
owner mau diperinciknbunga pd baju..
nmn bila memikirkan keindahn sutera ini
trletak pd bunganya..
hanya part2 trtntu shj dihiasi jahitan taliair..
aduhai..bercinta jg mau siapkn sulaman ini..
pd hjg lengan, hy pintalan 2 lapis berselang
antara kristal dn manik sbg penghias


Wednesday, September 16, 2009

Friday, August 28, 2009

Exotic Stardust...

baju batik sutera ini terlalu cantik untuk digambarkan. coraknya sangat exclusive.
baju diserahkan dengan kepercayaan untuk menambah seri yang ada.
hanya taburan dihujung lengan baju sebagai enhancement kepada kecantikan yang sedia ada.
pada awalnya lagi saya tidak akan highlight corak pada badan baju. tidak ingin merosakan lukisan tangan yang indah itu.

Thursday, August 27, 2009

Blooming Roses...

persalinan kedua drpd tuan yang sama.
sutera digital berwarna hijau pucuk pisang berbunga oren..sangat cantik..mungkin kerana warna kegemaranku..
mudah dihighlight kerana mempunyai bunga yang terbentuk..
hajat dihati mahu lebih diperincikan, namun owner hanya mahu yang ringkas pada badan.
hujung lengan, dihiasi bulatan-bulatan yang membentuk kuntuman-kuntuman rose agar sepadan dengan motif baju..

Wednesday, August 26, 2009

Seri Pagi...


dah agak lama n3 tidak berkaitan tujuan asal...swept away skjap.
kurung merah samar tua sutera digital ini,
mempunyai bunga yang agak tidak sekata kembangnya.
agak mencabar minda saya untuk menaikkan bentuk cetakannya.
hanya sedikit highligt tipis sebagai penyeri badan baju.
pada hujung lengan..jahitan adaptasi daripada bentuk bunga bintang.
sew on acrylic stone diguna untuk menambah kilau
hujung lengan pasti menjadi titik tumpu

Saturday, August 22, 2009

Beza...

dimeja makan.empat segi.berkerusi empat.seorang ayah.seorang anak.berkomunikasi.
"fi, kalo fi puasa esok, abah akan bagi singgit"
"fi nak lima ringgit"
"kalo nak lima ringgit kena puasa lima hari. fi, puasa dulu sehari, cukup sehari abah bagi singgit"
"xmo, nak puasa tiga hari"
tiga orang ketawa.seorang terpinga-pinga.

maksud cerita diatas:
mana ada org berpuasa tiga hari berterusan tanpa berbuka